Sahabat
Wednesday, 23 May 2012 | 09:02 | 0 comments
Hachuuummmm *tak senonoh* . Aku kurang sihat siketlah . Okay , nampak tak tajuk entry aku kat atas tu? Whaaaattttt*suara lantang* ? Tak nampak ? Pergi carik spek berkuasa tinggi or kalau tak nampak jugak baik bunuh diri *silly joke* Sahabat . Aku sure ramai gila bapak tahap maksimun ada sahabatkan ? Tak kiralah rapat ke tak . Semua orang ada . Kalau takde , kau tu yang sombong ibarat katak bawah gelas *pepatah cikgu BM aku*--->SekolahRendah
Time aku kat sekolah rendah dulu , aku ada 3 orang kawan yang memang rapat gila bapak dengan aku Mira , Aten and Azil . Kelas sama , even kitorang semua pengawas sekolah . Berkawan dengan diorang memang dahhhhhssssaaaaatttttt *jerit* . Aku ingat lagi , time tu Darjah 6 , kitorang ada sembahyang hajat . Almaklumlah , nak UPSR *hingus meleleh lagi* . Then , yang tak boleh blaaaahhh , masa rakaat lastkan imam sujud lama sebab time tulah kita nak mohon hajat kitakan ? Then , kitorang tak tahu yang we suppose to sujud lama siket . Kitorang pun bangunlah . Then , tengok semua tak bangun , kitorang sujud balik . Yang cannot go tu . Masa sujud tu kitorang gelak-gelak and main laga-laga bontot !! Hahaha :D Jahat gila ^^V
Then , kalau kat sekolah agama , disebabkan sekolah agama aku dekat dengan masjid , kitorang kena sembahyang asar sekali kat Masjid . Then , kalau sembahyang , port tepi pintu mesti kitorang cop dulu *senang nak lari* Time sembahyang , main siku-siku . Pfffttt . jahat gila kot time tu kalau fikir balik . Then , after UPSR , kitorang separate but Mira sampai sekarang dengan aku . Aten and Azil ade jugak contact . Aten dah nak masuk Matrik and Azil dah nak fly nun jauh kat Sarawak *bye zil* :'(
--->SekolahMenengah
Segalanya bermula di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR SHAH . Kehidupan remaja aku banyak kat sana *kira okay daripada melepak* . Aku stay hostel . Sebulan dua kali balik rumah and bila time tak balik Parents aku akan datang *tiap-tiap minggu jumpa* . Bila call Mak aku suruh datang melawat aku mesti nak menangis . aku sendiri taktau . And pernah sekali tu Mak aku cakap dia tak dapat datang *aku hujan dengan lebat* . Okay , time secondary school , aku ada 13 orang kawan yang memang rapat dengan aku termasuk Mira .
-Ieja-Ain-Bieha-Qiela-Sue-Kecik-Lala-Maya-Apai-Nana-Ieda-Ziera *cukup tak?*
Bila dah duduk hostel ramai-ramai mesti rasa macam bahagia sangat *macam* . Everything kitorang share termasuk berus gigi *haaa,percaya letuwww* . Sumpah aku cakap , aku tak pernah bosan dengan diorang. Diorang yang happykan aku bila aku sedih , diorang yang tolong aku bila aku susah.Diorang yang ajar aku bila aku tak faham . Semua diorang !
Benda ni aku takkan lupa *kecuali hilang ingatan* . Time FORM 2 . Kitorang gaduh macam nak gila . Alahhhh , pasal benda bodoh-bodoh je . Tak penting . Then , teruk kitorang gaduh and paling aku takkan lupa , BIEHA tolak aku sampai nak jatuh tangga . Then, dia punya kecohhhh . Fulaaammaaakkkk *jerit* , But , after pergaduhan yang bagi aku sangat besar *WorldWar* . Kitorang tak pernah bergaduh , setakat gaduh-gaduh manja tu adalah *muka comel*. Seriously , diorang banyak ajar aku erti sahabat setia . Banyak sangat kenangan aku dengan diorang . Even , masa hari last kat asmara *asrama* , aku dengan Ieja tengah baca buku atas katil *Biology* aku tetiba menangis sebab aku sebak gila . That was the last day aku akan stay dengan kawan-kawan aku . Aku ingat lagi , time final Malaysia lawan Indonesia , kitorang sanggup pinjam TV security kat asmara *asrama* tu semata-mata nak tengok bola sesama . That was really great ! Enjoy sangat .
Aku takkan pernah lupa semua kenangan tu.Even , tinggi mana pun aku dapat belajar , korang is the best bagi aku . Korang dah ajar aku macam-macam . I really appreciate it . Korang orang kedua rapat lepas parents aku. 5 tahun kenal , Perangai semua sakai je *jangan lempang aku*
Ni , pesanan terakhir aku sebelum aku bawak diriku ke Perlis *sucks*.Even , kat mana sekali pun korang pergi , please Kejayaan tak datang kalau kita tak usaha . Biarkan apa orang nak cakap . Mulut tempayan memang boleh tutup , but mulut orang ? Takkan nak tolong staplerkan ? *kejam*
Jadi diri sendiri dah memadai . Jangan tengok orang lain :D Aku sayang kawan-kawan aku . Aku nak kita berjaya sama-sama . Bahagia pun sama-sama but jangan husband nanti sama sudah .
Okaylah , entry kali ni panjang sangat . Hewhewhew *gelak gedik* . Now I want to share one of the photo yang bila aku tengok , aku fikir ada tak lelaki pernah rasa mcam ni ? :D